This is an old revision of the document!
Burung Punai Bakau
Ciri- ciri
individu jantan dewasa sub-spesise mempunyai dada dan leher bewarna coklat kemerahan. individu betina hampir sama seperti punai lengguak, T. curvirostra, tetapi dasar bahagian paruh yang bewarna merah adalah lebih tirus, lingkaran sekeliling mata lebih sempit, bahagian atas kepala lebih hijau manakala paha bewarna kuning dan bulu pahat bawah ekor berjalur. individu juvenil hampir sama seperti individu betina. panjang keseluruhan bagi individu dewasa ialah 25.5 sm - 26 sm.
Taburan
spesies ini merupakan spesises residen di sumatera dan borneo. di asia tenggara, spesies ini merupakan spesises residen yang jarang ditemui di selatan tenasserim, selatan thailand dan semenanjung malaysia. di singapura, ia merupakan spesies pelawat luar musim pembiakan
makanan
buah buahan
habitat
habitat yang sesuai bagi spesies ini ialah di hutan payah air tawar, hutan payah bakau hutan di pesisiran pantai, hutan sekunder dan tanam pamah
lokasi yang pernah di temui
di semenanjung malaysia
bunyi
spesies ini mengeluarkan bunyi yang hampir sama dengan punai daun, T.olax, yaitu wiiiiiiiiiu-iiu-iiu iiui-iiuwu tetapi jarang lebih panjang
pembiakan
musim pembiakan bagi spesies ini adalah di antara bulan januari hingga Jun. Individu betina hanya menghasilkan 2 biji telur bewarna putih semasa musim pembiakan. sarangnya berbentuk seperti platform, di bina pada pokok 4.5 meter dari tanah
sumber : Treron fulvicollis, 2009